Khamis, 15 Januari 2015

Ujian Dunia Dan Hidup

Betapa berat bibir melafazkan..berat lagi hati menanggung kepedihan..begitu sukarnya untuk aku membuat keputusan itu..aku terima dirinya satu ketika ikhlas semata-mata kerana Allah swt..dan hari ini aku lepaskan dirinya juga ikhlas kerana Allah swt..tidak ada apa yang lebih penting selain kejayaan, kebahagiaan, ketenangan & kegembiraan dirinya..aku tidak mahu jadi fitnah dunia untuk dirinya..aku juga tidak mahu jadi bebanan untuk fikirannya..sekian lama aku tidak merasa begini..airmata mengalir seperti air sungai yang mengalir laju tanpa ada halangan..aku harapkan semoga airmata ini menjadi sumber kekuatan untuk aku meneruskan perjalanan & berjuang dalam mencari keredhaan..aku tidak ingin airmata ini hanya menjadi penyebab mengundangnya rasa kesedihan, kepiluan, kekecewaan dan kedukaan walaupun pada hakikatnya itulah yang aku rasa.

Kenapa dan mengapa semua ini terjadi..ianya berlaku dalam sekelip mata..terjadinya tidak ku duga..namun aku harus akur dengan ketentuan illahi..mungkin semua ini kifarah di atas kelalaian dan kesilapan aku satu ketika dulu..aku terima semuanya dengan hati yang terbuka..aku percaya pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..aku tidak salahkan dirinya dan aku tidak rasa dia ada salah pape dengan aku..yang pasti semuanya mungkin berpunca dari diri aku sendiri..walaupun kini aku bukanlah seperti dulu..aku bukanlah seorang lelaki yang hanya mengejar cinta dunia, seorang lelaki yang mementingkan diri sendiri, seorang hamba yang lupa akan tanggungjawab kepada Penciptanya..

Aku terima semua ini..walaupun aku sendiri tidak mengerti kenapa dan mengapa di saat aku mula ingin kembali ke jalan yang diredhai-Nya, ada sahaja halangan dan dugaan yang menimpa..mungkin ini satu ujian untuk aku lebih tabah dan berpendirian teguh dalam melayari kehidupan di dunia yang penuh dengan tipudaya dan muslihat..akan aku pastikan aku adalah aku yang sekarang..akan aku pastikan pandangan negatif orang lain dekat aku tidak benar walaupun aku perlu akui, sebagai manusia aku tidak pernah lari dari melakukan dosa dan kesilapan.